OnePlus 5 Dan 5T Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie Secara OTA Comments Off on OnePlus 5 Dan 5T Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie Secara OTA

Melalui perkongsian rasmi OnePlus di laman Twitter rasmi miliknya, kedua-dua pemilik peranti OnePlus 5 dan 5T kini telahpun mula menerima kemas kini rasmi Android 9.0 Pie secara OTA. Tampil dengan kemas kini OxygenOS 9.0.0 bagi menyamakannya dengan versi Android yang terkini, ia membawakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan seperti berikut:

Sistem:

  • Antaramuka baharu Android Pie
  • Sokongan kawalan navigasi sistem baharu (hanya untuk OnePlus 5T)
  • Sistem keselamatan Android untuk bulan Disember 2018
  • Penambahbaikan sistem dan sokongan pelbagai fungsi baharu

Gaming Mode 3.0:

  • Menyokong mod notifikasi teks
  • Menyokong notifikasi panggilan pihak ketiga

Do Not Disturb Mode:

  • Kini menyokong tetapan mod DND yang boleh diubah secara manual

Kamera:

  • Diintegrasikan dengan mod Google Lens

Dengan fail kemas kini mencecah sehingga 1.7GB, anda disarankan untuk memuat turunnya menggunakan sambungan Internet yang laju dan stabil bagi memastikan kelancaran pemasangan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend