OnePlus 3 Dan 3T Terima Fungsi Face Unlock Melalui Kemas Kini OxygenOS 5.0.3 Comments Off on OnePlus 3 Dan 3T Terima Fungsi Face Unlock Melalui Kemas Kini OxygenOS 5.0.3

OnePlus sebelum ini pernah menjanjikan fungsi Face Unlock untuk model OnePlus 3 dan juga 3T pada Januari 2018 yang lalu. Nampaknya janji tersebut telah ditepati apabila OnePlus telah mengumumkan ketersediaan kemas kini OxygenOS 5.0.3 baru-baru ini.

Selain menyokong fungsi Face Unlock untuk menggunakan kamera hadapan, kemas kini terbaru ini juga turut hadir dengan Android security patch bulan Mei 2018. Pemilik kedua-dua model ini juga akan turut menerima beberapa penambahbaikan pada peranti mereka seperti rekaan antaramuka yang lebih baik, rekaan aplikasi pintas yang diperbaharui, menyokong menu pilihan apabila ikon disentuh beberapa saat.

Kemas kini OxygenOS 5.0.3 ini juga turut ditambah dengan kategori ‘Large files’ untuk menyimpan kesemua fail bersaiz besar, perkongsian gambar ke Shot-On-OnePlus, tambahan widget baharu, memperbaiki ketepatan penglokasian dan banyak lagi. Anda boleh mengemaskinikan peranti menggunakan kaedah OTA, dan penerimaan kemas kini terbaru ini akan diterima secara berperingkat-peringkat.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend