OnePlus 3 Dan 3T Mula Menerima Kemas Kini Stabil Android 9.0 Pie Comments Off on OnePlus 3 Dan 3T Mula Menerima Kemas Kini Stabil Android 9.0 Pie

OnePlus hari ini telah melepaskan kemas kini stabil Android 9.0 Pie kepada pemilik peranti OnePlus 3 dan OnePlus 3T. Melalui perisian terbaru ini, kedua-dua peranti akan menerima kemas kini pada sistem operasi melalui OxygenOS versi 9.0.2.

Kemas kini menawarkan antaramuka yang lebih kemas dan sejumlah ciri terbaru seperti mod Do Not Disturb, sokongan panggilan Google Duo, sokongan Google Lens terus dari lensa kamera, dan banyak lagi. Masalah pepijat juga telah dibaiki malah kemas kini turut menyertakan tampalan keselamatan terbaru.

Bagi yang menggunakan dua model telefon pintar ini, anda boleh mula menyemak kemas kini berkenaan dan memuat turunnya untuk menikmati kelancaran dan prestasi yang lebih baik pada peranti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend