OnePlus 3 Dan 3T Disahkan Tidak Akan Terima Kemas Kini Android 8.1 Oreo, Sebaliknya Terus Menerima Android P Comments Off on OnePlus 3 Dan 3T Disahkan Tidak Akan Terima Kemas Kini Android 8.1 Oreo, Sebaliknya Terus Menerima Android P

Selepas lebih kurang dua tahun berada di pasaran, pemilik OnePlus 3 dan juga OnePlus 3T setakat ini telah menerima dua kemas kini utama dengan Android Nougat dan juga Android 8.0 Oreo. Malah jika diikutkan pada janji OnePlus, kedua-dua model ini masih akan menerima kemas kini keselamatan sistem Android untuk tempoh satu tahun.

Ini bermakna pemilik kedua-dua model ini akan kekal dengan kemas kini Android 8.0 Oreo dan disahkan tidak akan menerima kemas kini Android 8.1 Oreo. Walau bagaimanapun OnePlus baru-baru ini telah mengumumkan khabar gembira apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua model ini akan dikemaskinikan dengan Android P pada masa akan datang.

Kenyataan rasmi ini telah dikongsikan sendiri oleh pihak OnePlus melalui forum rasminya semalam, dan buat masa ini masih belum dapat disahkan tarikh ketersediaan kemas kini Android P untuk OnePlus 3 dan juga OnePlus 3T.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend