OmniCharge Perkenal Powerbank 40,300mAh Pada Harga ‘Yahudi’ Comments Off on OmniCharge Perkenal Powerbank 40,300mAh Pada Harga ‘Yahudi’ 590

Kebiasaan powerbank yang ramai orang guna adalah berkapasiti 10000mAh. Ia bukan sahaja berat tetapi mengambil masa yang lama untuk dicas semula. Disebabkan itu kita kadang kala malas untuk menggunakannya. Walaupun begitu, baru-baru ini OmniCharge telah memperkenalkan powerbank terbaru mereka dengan kapasiti sebesar 40300mAh.

Dinamakan Omni Ultimate, powerbank ini lengkap dengan pelbagai ciri seperti kalis percikan air dan debu, pengecasan pantas, bateri boleh-cabut, dan mesra solar. Powerbank ini telah diiklankan di portal kutipan dana INDIEGOGO sejak 4 November 2018.

Sehingga kini, dana yang terkumpul untuk Omni Ultimate telah berjaya mencecah sehingga $1 juta (~RM4.11 juta), iaitu 2000% daripada sasaran asal OmniCharge.

Sebut mengenai harga, Omni Ultimate dijual pada harga $375 (~RM1542) seunit tanpa aksesori untuk pembeli terawal. Namun, apabila ia dijual secara komersial kelak, harganya akan mencecah $599 (~RM2462). Barulah yahudi!

Aksesori Omni Ultimate:

  • Kabel output DC → $20 (~RM82)
  • Sarung pelindung → $39 (~RM160)
  • Pek bateri → $199 (~RM818)
  • Panel solar 70W → $399 (~RM1640)

Omni Ultimate dilengkapi beberapa port seperti biasa yang ada pada powerbank lain iaitu satu port AC outlet, dua port USB, satu port USB Type-C dan satu port DC in/out.

Syarikat yang bertapak di Los Angeles ini juga pada masa sama memperkenalkan beberapa model powerbank lain bermula daripada 3000 hingga 26800mAh pada harga yang lebih ‘rendah’.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend