Olike Malaysia Akan Mula Menjual Peranti Kecergasan Weloop Neo Pro Pada Harga RM399 Mulai 19 Mei 2018 Comments Off on Olike Malaysia Akan Mula Menjual Peranti Kecergasan Weloop Neo Pro Pada Harga RM399 Mulai 19 Mei 2018

Olike Malaysia hari ini telah mengumumkan untuk menjual peranti kecergasan terbaru untuk pengguna tempatan dengan kehadiran Weloop Neo Pro. Dengan menggunakan peranti kecergasan ini, pengguna bukan sahaja boleh memantau aktiviti harian dan juga aktiviti bersenam, tetapi ia juga boleh digunakan ketika tidur bagi memastikan pemantauan yang lebih lengkap.

Pemantauan aktiviti harian anda menjadi lebih mudah dengan adanya bantuan aplikasi khusus.

Weloop Neo Pro yang dilengkapi dengan paparan skrin sentuh berwarna ini turut menjanjikan ketahanan bateri yang mampu bertahan selama 15 hari dengan hanya sekali cas. Malah proses pengecasan juga terasa lebih mudah kerana ia boleh terus disambungkan ke port USB pada palam kuasa mahupun komputer tanpa memerlukan sambungan kabel. Ia turut disediakan dengan GPS terbina-dalam, sensor pengimbas nadi, ciri kalis air sehingga 30 meter, dan juga penerimaan notifikasi pintar.

Weloop Neo Pro akan dijual mulai 19 Mei 2018 ini pada harga RM399, dengan jaminan waranti selama 1 tahun untuk program penukaran 1-ke-1. Ia boleh dibeli melalui beberapa saluran berbeza termasuklah kedai konsep Olike, pengedar rasmi Olike, kedai konsep OPPO, Lazada, 11street dan juga Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend