Nubia Z20 Dengan Skrin Depan Belakang Dan Snapdragon 855 Plus Mula Dijual Di China Comments Off on Nubia Z20 Dengan Skrin Depan Belakang Dan Snapdragon 855 Plus Mula Dijual Di China 328

Syarikat di bawah payung ZTE iaitu Nubia hari ini telah mengumumkan ketersediaan Nubia Z20 untuk pasaran China.

Nubia Z20 hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan 512GB storan. Ia dijalankan di atas sistem operasi Nubia UI 7 berasaskan Android 9 Pie serta menawarkan kapasiti bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W.

Ia dilengkapi paparan 6.42-inci Super AMOLED beresolusi FHD+ dan menariknya tanpa takuk pada skrin, sementara skrin kedua di belakang pula sebesar 5.1-inci AMOLED FHD+.

Pada jabatan kamera, Z20 menampilkan gabungan kamera belakang 48MP + 16MP + 8MP yang juga boleh digunakan untuk swafoto menerusi paparan skrin belakang. Melengkapkan peranti, Z20 menyertakan dua pengimbas cap jari di sisi kiri dan kanan kerangka bagi memudahkan peranti dinyahkunci biarpun menggunakan tangan kiri atau kanan.

Nubia Z20 ditawarkan dalam pilihan warna Biru, Hitam, dan Jingga dengan konfigurasi 6GB/128GB, 8GB/128GB, dan 8GB/512GB, masing-masing berharga CNY3499 (~RM2076), CNY3699 (~RM2194), dan CNY4199 (~RM2490).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend