Nubia Z18S Berkemungkinan Besar Sokong Dua Sensor Pengimbas Cap Jari Di Kedua-dua Sisi Kerangkanya Comments Off on Nubia Z18S Berkemungkinan Besar Sokong Dua Sensor Pengimbas Cap Jari Di Kedua-dua Sisi Kerangkanya

Kami sebelum ini pernah mendedahkan ketirisan rekaan model terbaharu Nubia Z18S yang memperlihatkan sokongan dua paparan skrin pada panel hadapan dan belakangnya. Namun melalui video itu tidak pula dapat disahkan sama ada ia menyokong fungsi pengimbas cap jari ataupun tidak.

Perkongsian imej Nubia Z18S yang telah dikemaskinikan di laman rasmi TENAA di China ini mungkin mampu menjawab persoalan itu. Melalui gambar bahagian sisi kerangka yang dipaparkan, Nubia Z18S dipercayai akan menyokong dua sensor pengimbas cap jari yang ditempatkan pada sisi kiri dan kanan kerangkanya.

Penyediaan dua sensor pengimbas cap jari yang berasingan ini mungkin dirasakan lebih praktikal memandangkan Nubia Z18S tampil dengan dua paparan skrin di depan dan belakang. Dengan adanya dua sensor ini, proses untuk nyah-aktif mana-mana skrin akan menjadi lebih mudah dan lancar.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend