Nubia Z18 Dengan Paparan ‘Infinite Waterdrop’ Yang Dikuasakan Oleh Qualcomm Snapdragon 845 Kini Dilancarkan Comments Off on Nubia Z18 Dengan Paparan ‘Infinite Waterdrop’ Yang Dikuasakan Oleh Qualcomm Snapdragon 845 Kini Dilancarkan

Bertempat di Beijing, China, Nubia selaku sub-jenama ZTE baru-baru ini telah melancarkan model flagship terbaru keluarannya iaitu Nubia Z18 secara rasmi. Sebagaimana yang telah tertiris sebelum ini, Nubia Z18 menampilkan paparan skrin Corning Gorilla Glass berukuran 6.0 inci FHD+ (2180 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk kecil yang dikenali sebagai ‘Infinite Waterdrop’.

Nubia Z18 dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 ini telah dioperasikan dengan antaramuka terbaru Nubia UI 6.0 berasaskan Android 8.1 Oreo yang dilengkapi dengan pembantu suara pintar berasaskan AI terbina-dalam iaitu Maverick Voice 2.0. Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3450 mAh, Nubia Z18 turut menyokong teknologi penjimatan bateri pintar yang dikenali sebagai NeoPower 3.0 dan juga teknologi pengecasan pantas NeoCharge 2.5.

Didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Deep Dark Night dan Nebula Red, Nubia Z18 ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB + 64GB yang dijual pada harga CNY2,799 (kira-kira RM1,697), manakala varian 8GB + 128GB pula akan ditawarkan pada harga CNY3,299 (kira-kira RM2,000).

Selain itu ia juga turut diperkenalkan dalam edisi istimewa iaitu Nubia Z18 Van Gogh Starry Night Collector’s Edition yang dijual dengan tanda harga lebih tinggi iaitu CNY3,599 (kira-kira RM2,183). Nubia Z18 akan dijual bermula 11 September nanti di China.

Spesifikasi Nubia Z18:

  • Android 8.1 Oreo (Nubia UI 6.0)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6GB + 64GB / 8GB + 128GB
  • 6.0 inci Infinite Waterdrop FHD+ (2180 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16MP + 24MP (f/1.6, AI, OIS, EIS, NeoVision ET Image Engine)
  • Kamera hadapan: 8MP (Portrait Mode)
  • 3450 mAh (NeoCharge 2.5 Fast Charging 18W, NeoPower 3.0 Smart Power Saving)
  • USB Type-C
  • Audio: DTS + D-BASS
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend