Nubia X Diperkenalkan – Dua Skrin OLED Depan Dan Belakang, Snapdragon 845 Comments Off on Nubia X Diperkenalkan – Dua Skrin OLED Depan Dan Belakang, Snapdragon 845

Nubia juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan peranti terbaru mereka untuk suku keempat tahun ini. Nubia yang tidak tandus dengan keupayaan teknologi, hari ini tampil dengan Nubia X, sebuah peranti berskrin penuh dengan skrin tambahan di belakang.

 

Nubia X dilengkapi skrin dengan nisbah skrin-ke-kerangka 93.6% yang membawakan paparan sebesar 6.26-inci FHD+. Skrin sekunder yang terletak di panel belakang pula dihidupkan di atas panel OLED yang boleh juga berfungsi sebagai AOD (always-on-display). Difahamkan, pengguna boleh menggunakan skrin sekunder ini untuk memainkan permainan mudah alih. Skrin yang tidak kelihatan begitu menonjol ini boleh ditutup untuk kelihatan seperti panel gelas biasa.

Dikuasakasan cip pemproses Snapdragon 845, Nubia X dipadankan bersama memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Bateri yang menghidupkan peranti pula ialah sebesar 3,800mAh dengan teknologi pengecasan pantas NeoCharge.

Ke bahagian kamera pula, Nubia X menawarkan kamera belakang 24MP + 16MP f/1.8 yang dibantu sistem kecerdasan buatan untuk penggambaran suntingan seakan poster. Sistem operasinya pula dijana Android 8.1 Oreo dan peranti ini masih menyediakan butang Home pada sebelah sisi kerangka. Butang ini juga berfungsi sebagai sistem biometrik untuk nyahkunci peranti.

Nubia X telah mula dipasarkan di China pada harga CNY3,299 (~RM1,985) seunit dengan pilihan warna gradien.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend