Nubia Red Magic Seterusnya Bakal Dilengkapi Paparan 144Hz Comments Off on Nubia Red Magic Seterusnya Bakal Dilengkapi Paparan 144Hz

Nubia Red Magic berada dibawah segmen telefon pintar permainan yang setaraf dengan ROG Phone, Razer Phone, dan Black Shark. Telefon ini juga menawarkan spesifikasi tinggi sejak dari generasi pertama hinggalah ke model terkini, Nubia Red Magic 3S.

Untuk model seterusnya, pihak Nubia telah mengacah bahawa telefon akan datang yang akan dikeluarkan pada tahun ini bakal dilengkapi paparan dengan sokongan kadar segar semula 144Hz. Perkara ini nampak boleh dipercayai memandangkan CEO Nubia sendiri mengongsikan tangkap skrin di laman Weibo.

Ni Fei selaku CEO syarikat turut menamakan telefon pintar seterusnya ini akan dinamakan sebagai ‘Red Magic 5G’, sekaligus mengesahkan peranti hadir dengan varian 5G.

Terdahulu, Nubia pernah mendedahkan maklumat mengenai telefon seterusnya ini. Ia bakal dimuatkan sistem trikamera belakang serta diperkasakan cip pemproses Snapdragon 865. Memandangkan Snapdragon 865 mempunyai modem 5G terbina, kemungkinan harga peranti tidak menyamai seperti model terdahulu.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend