Nubia Red Magic 5G Dengan Kipas Penyejukan Terbina-Dalam Sah Akan Dilancarkan 12 Mac Ini Comments Off on Nubia Red Magic 5G Dengan Kipas Penyejukan Terbina-Dalam Sah Akan Dilancarkan 12 Mac Ini

Nubia yang sememangnya terkenal dengan penawaran telefon pintar gaming berkuasa sebelum ini telahpun dilaporkan memperkenalkan Nubia Red Magic 5G dengan sokongan paparan skrin 144Hz.

Menariknya baru-baru ini Ni Fei selaku CEO Nubia telahpun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Nubia Red Magic 5G yang telah disahkan akan tiba pada 12 Mac 2020 nanti di China.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh Ni Fei di akan rasmi Weibo miliknya, Nubia Red Magic 5G dengan nombor model NX659J ini akan menyokong cipset Snapdragon 865 dan juga modem X55M untuk sambungan rangkaian 5G.

Dioperasikan dengan antaramuka Redmagic OS 3.0 berasaskan Android 10, Nubia Red Magic 5G akan turut menyokong kombinasi memori RAM LPDDR5 berkapasiti 16GB dan juga storan sebesar 256GB. Bahkan tangkap skrin ujian penanda aras AnTuTu peranti ini turut dilihat berjaya mencatatkan skor tertinggi iaitu mencecah sehingga 633,724 mata.

Lebih istimewanya, ia turut hadir dengan teknologi kipas penyejukan terbina-dalam yang pertama seumpamanya pada telefon pintar. Melalui gambar acah yang dikongsikan, kipas penyejukan ini mampu beroperasi dengan kelajuan sehingga 15,000 RPM.

Berdasarkan imej Nubia Red Magic 5G yang tertiris, jelas dapat dilihat rekaan lubang udara pada sisi kiri kerangkanya. Bertujuan untuk melepaskan haba yang dihasilkan oleh telefon pintar berprestasi tinggi ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend