Nubia Red Magic 3 Diumumkan Dengan Snapdragon 855, Kipas Penyejuk, Paparan 90Hz, Video 8K Comments Off on Nubia Red Magic 3 Diumumkan Dengan Snapdragon 855, Kipas Penyejuk, Paparan 90Hz, Video 8K

Nubia Red Magic 3 akhirnya diumumkan secara rasmi di China semalam, menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi yang direka khusus untuk permainan mudah alih.

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.65-inci yang menyokong kadar segar semula skrin 90Hz dan kadar segar semula sentuhan 240Hz selain kadar tindak balas skrin serendah 4ms. Ia menggunakan bateri 5,000mAh untuk menguasakan cipset Qualcomm Snapdragon 855, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB, pada masa sama menyokong pengecasan pantas sekuat 27W.

Bagi memberi kelancaran ketika bermain, peranti ini dimuatkan sistem penyejuk jenis kipas berteknologi ICE 2.0 di dalam casis – tidak menggunakan cecair atau kepingan tembaga seperti peranti gaming lain. Ia sekaligus dapat mengurangkan haba dengan pantas serta memberikan keselesaan kepada pengguna.

Nubia Red Magic 3 didatangkan bersama sistem audio DTS:X melalui dua speaker utama di atas dan di bawah skrin. Selain daripada itu, Nubia turut menyertakan pengimbas cap jari dan lampu RGB di panel belakang peranti. Menariknya, pengguna masih lagi boleh menyambungkan fon kepala menerusi bicu audio 3.5mm pada peranti ini.

Pada jabatan kamera, Red Magic 3 tidak mengenakan sistem dwi-kamera sebaliknya hadir dengan satu kamera sahaja. Sensor yang digunakan adalah 48MP daripada Sony manakala kamera depan menawarkan sensor 16MP. Walaupun sensor kamera tidak banyak, Nubia telah memasukkan sokongan rakaman 8K dan gerak perlahan 1920fps pada peranti ini.

Sistem operasi pula dijana Red Magic OS 2.0 berasaskan Android 9.0 Pie yang dikhabarkan mampu memberi pengalaman gaming yang lebih imersif berbanding generasi sebelum. Daripada segi lain, peranti ini telah mendapat menarafan kalis percikan air IP55.

Nubia Red Magic 3 didatangkan dengan empat pilihan warna pada harga bermula CNY2,899 (~RM1,780) untuk 6GB+64GB sehingga CNY4,299 (~RM2,640) untuk 12GB+256GB.

Baca juga:

Nubia Red Magic 3 Berada Di Takhta Teratas Dalam Carta AnTuTu Dengan Skor Melebihi 437,000

Spesifikasi Nubia Red Magic 3 Didedahkan Dengan Sokongan Snapdragon 855 Dan 8GB RAM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend