Nubia Red Magic 3 Buat Penampilan Sulung Dalam Pertandingan Akhir ‘League of Legends’ Di China Comments Off on Nubia Red Magic 3 Buat Penampilan Sulung Dalam Pertandingan Akhir ‘League of Legends’ Di China

Selain ASUS ROG Phone dan juga Black Shark 2, satu lagi model telefon pintar gaming yang mendapat perhatian pengguna adalah Nubia Red Magic 3. Walaupun setakat ini spesifikasinya masih lagi belum didedahkan kepada umum secara rasmi, beberapa berita ketirisan tentang Nubia Red Magic 3 telah berjaya disahkan.

Menariknya buat pertama kali, Nubia Red Magic 3 baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai. Kemunculan mengejutnya itu telah berjaya menarik perhatian apabila ia ditempatkan di dalam kotak kaca dan dipamerkan dalam pertandingan akhir ‘LPL Spring Championship’ yang berlangsung di China.

Walaupun hanya bahagian belakangnya sahaja dipamerkan, rekaannya juga telah dilindungi dengan penggunaan sarung pelindung yang dipasang. Nubia Red Magic 3 dilihat menampilkan sedikit perubahan rekaan, tetapi masih mengekalkan sokongan satu lensa kamera dan juga sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Berdasarkan ketirisan sebelum ini, Nubia Red Magic 3 mencatatkan skor ujian AnTuTu yang tertinggi pernah dicatatkan oleh peranti Android setakat ini.

Nubia Red Magic 3 dilaporkan menyokong cipset Qualcomm Snapdragon 855, RAM 12GB, bateri berkapasiti 5000 mAh atau lebih, dan juga hadir dengan kadar segar semula skrin yang tinggi. Ia juga telah dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi pada minggu depan iaitu 28 April 2019.

sumber

Baca juga:

Nubia Red Magic 3 Berada Di Takhta Teratas Dalam Carta AnTuTu Dengan Skor Melebihi 437,000

Spesifikasi Nubia Red Magic 3 Didedahkan Dengan Sokongan Snapdragon 855 Dan 8GB RAM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend