Nubia Red Magic 3 Berada Di Takhta Teratas Dalam Carta AnTuTu Dengan Skor Melebihi 437,000 Comments Off on Nubia Red Magic 3 Berada Di Takhta Teratas Dalam Carta AnTuTu Dengan Skor Melebihi 437,000

Baru sahaja minggu lepas spesifikasi awal telefon pintar gaming Nubia Red Magic 3 berjaya didedahkan kepada umum dengan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dan juga kombinasi memori 8GB + 128GB. Menariknya baru-baru ini screenshot yang memperlihatkan skor AnTuTu peranti ini telah didedahkan di Internet.

Ujian penanda aras Master Lu

Walaupun screenshot itu diambil pada 1 April, Ni Fei selaku CEO Nubia mengakui bahawa skor yang berjaya dicatatkan oleh Nubia Red Magic 3 itu adalah benar. Melalui perkongsian dua screenshots yang berlainan itu, Nubia Red Magic 3 telah memperolehi skor 470,574 poin dalam ujian penanda aras Master Lu yang popular di China.

AnTuTu

Manakala screenshot yang kedua pula merupakan ujian penanda aras yang dijalankan menggunakan aplikasi AnTuTu, dan telah berjaya mencatatkan skor mencecah sehingga 437,524 poin. Ini secara tidak langsung telah menjadikannya sebagai telefon pintar Android paling berkuasa setakat ini, sekaligus telah berjaya mengatasi prestasi yang dicatatkan oleh Black Shark 2.

sumber

Baca juga:

Spesifikasi Nubia Red Magic 3 Didedahkan Dengan Sokongan Snapdragon 855 Dan 8GB RAM

Xiaomi Black Shark 2 Dengan Cipset Snapdragon 855 Catat Skor AnTuTu Melebihi 430,000?!

AnTuTu Versi 7.2.6 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Isu Penipuan Ketika Ujian Penanda Aras Dijalankan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend