Nubia Red Magic 2 Disahkan Menyokong Dwi Sistem Penyejukan, Udara Dan Cecair Comments Off on Nubia Red Magic 2 Disahkan Menyokong Dwi Sistem Penyejukan, Udara Dan Cecair

Sejak kebelakangan ini tiga daripada pengeluar telefon pintar telahpun melancarkan peranti gaming terbaharu keluaran mereka secara rasmi iaitu model Xiaomi Black Shark Helo, ASUS ROG Phone dan juga Razer Phone 2. Nampaknya Nubia juga akan turut serta untuk memperkenalkan generasi kedua peranti gaming keluarannya melalui perkongsian poster yang dikongsikan baru-baru ini.

Generasi pertama Nubia Red Magic sebelum ini pernah diperkenalkan pada April 2018 yang lalu.

Hari ini Nubia telah mendedahkan satu lagi poster acah terbaharu yang mengesahkan sokongan dwi sistem penyejukan iaitu udara dan cecair. Sungguhpun begitu pihak Nubia tidak pula bercerita dengan lebih lanjut tentang teknologi yang akan digunakan untuk tujuan penyejukan perantinya itu.

Berdasarkan ketirisan maklumat yang diperolehi, Nubia Red Magic 2 akan menyokong RAM berkapasiti 10GB, bunyi keliling 3D, fungsi getaran 4D mirip seperti haptik pada PS4, dan juga dilengkapi dengan lampu LED RGB. Ia dijangka akan dilancarkan pada 31 Oktober nanti, serentak dengan model Nubia X.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend