Nubia Red Magic 2 Akan Dikeluarkan – Mungkin Guna Snapdragon 845 Dan Butang Bahu Comments Off on Nubia Red Magic 2 Akan Dikeluarkan – Mungkin Guna Snapdragon 845 Dan Butang Bahu

Salah satu ciri utama yang perlu ada pada peranti gaming ialah cip pemproses. Buat masa ini, cip yang paling berprestasi untuk memainkan permainan mudah alih ialah Snapdragon 845 (juga Kirin 970). Jika Xiaomi Black Shark, ASUS ROG, Razer Phone, dan yang terbaharu Pocophone F1 membuatkan anda teruja untuk membelinya, kami pasti anda tidak akan melihat Nubia Red Magic.

Ini kerana Nubia Red Magic hanya menawarkan cip pemproses Snapdragon 835. Peranti yang telah dilancarkan pada tahun lepas ini nampaknya sudahpun ketinggalan. Bagaimanapun, melalui khabar terbaru Nubia dikatakan sedang menghasilkan Nubia Red Magic 2 dengan pemproses Snapdragon 845. Selain daripada itu, peranti tersebut juga dilihat mengenakan butang bahu.

Tiada info lanjut berkenaan tarikh khusus bila ia akan dilancarkan tetapi Nubia akan lakukannya pada tahun ini kerana ia hanya penambah baikan yang minimal.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend