Nubia Play Diumumkan Dengan Skrin 144Hz, Snapdragon 765G, Bateri 5100mAh Comments Off on Nubia Play Diumumkan Dengan Skrin 144Hz, Snapdragon 765G, Bateri 5100mAh

Nubia kini terkenal dengan penawaran telefon pintar permainan mudah alih dan pada hari ini Nubia Play telah dilancarkan secara rasmi. Telefon ini diperkenalkan untuk pasaran China pada harga bermula CNY2400 (~RM1488) seunit.

Nubia Play hadir dengan paparan AMOLED 6.65-inci FHD+ yang membawakan kadar segar semula 144Hz – tertinggi setakat ini untuk telefon pintar. Peranti dijana SoC Snapdragon 765G dan dikuasakan bateri 5100mAh sekaligus menjadikan ia antara telefon permainan dengan sokongan 5G.

Telefon ini tiada takuk atau kamera berlubang pada skrin tetapi kamera depan 12MP telah diletakkan pada bahagian dahi seperti telefon-telefon permainan yang lain. Pengimbas cap jari pula berada pada skrin. Pada bahagian belakang, ia dibungkus dengan panel kaca dengan corak efek berbentuk ‘X’ sama ada biru ataupun hitam.

Walaupun ianya sebuah telefon permainan, sistem kameranya tetap mengikuti trend semasa menerusi susunan lensa 48MP Sony IMX582, 8MP ultralebar, 2MP kedalaman, dan 2MP makro.

Nubia Play ditawarkan dalam beberapa varian iaitu dengan memori 6GB atau 8GB diikuti storan sebesar 128GB dan 256GB.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend