Nubia Mengacah Untuk Mengeluarkan Red Magic 3 Versi Snapdragon 855 Plus Comments Off on Nubia Mengacah Untuk Mengeluarkan Red Magic 3 Versi Snapdragon 855 Plus 158

Di Malaysia Nubia Red Magic 3 dibawa masuk secara rasmi hanya melalui pembekal telekomunikasi, Celcom. Sudah tentu ianya dijual bersama pelan pascabayar dengan kontrak 24 bulan.

Bukan itu yang ingin diceritakan tetapi ini tentang Nubia Red Magic 3 dengan cipset terbaru Snapdragon 855 Plus yang akan dikeluarkan oleh Nubia tidak lama lagi.

Ini telah disahkan sendiri oleh pengeluar telefon pintar sub-jenama ZTE melalui satu imej acah yang dikongsikan di akaun Weibo, Red Magic baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Red Magic mengatakan mereka tidak gentar dengan cabaran dan trend masa kini yang begitu pantas. Mereka juga ingin menghasilkan telefon pintar gaming terbaru yang menggunakan Snapdragon 855 Plus.

Seperti sedia maklum, Snapdragon 855 Plus merupakan cip pemproses yang telah dipertingkatkan. Ia direka untuk telefon pintar gaming dengan prestasi yang lebih berkuasa daripada Snapdragon 855.

Pihak Realme juga telah mengacah bahawa mereka juga turut akan menggunakan cipset sama untuk telefon pintar mercu akan datang.

Jadi, persoalannya sekarang adakah pihak Nubia akan menurunkan harga Nubia Red Magic 3 sedia ada sekiranya versi Snapdragon 855 Plus dikeluarkan?

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend