Nubia Juga Bakal Memperkenalkan Teknologi 5G Tahun Ini Comments Off on Nubia Juga Bakal Memperkenalkan Teknologi 5G Tahun Ini

Huawei telah mengumumkan ketersedian rangkaian 5G untuk kegunaan komersial menjelang akhir tahun ini, ia termasuk penghala Wi-Fi (sudah rasmi), Wi-Fi mudah alih, dan telefon pintar. Kini, Nubia pula dilaporkan akan memperkenalkan teknologi 5G mereka tidak lama lagi.

Ketua Pengurus Nubia, Ni Fei memaklumkan terminal 5G Nubia akan diperkenalkan pada tahun ini, malah kerjasama dengan Qualcomm sudahpun bermula. Tambah beliau, teknologi 5G yang dibangunkan sejak 2016 ini sudah cukup matang dan akan mula digunakan pada tahun ini.

Adakah Nubia akan memperkenalkan telefon pintar 5G mereka pada tahun ini, sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend