Nova Launcher 6.0 Beta 1 Kini Sedia Dimuat Turun Untuk Semua Penguji Beta Comments Off on Nova Launcher 6.0 Beta 1 Kini Sedia Dimuat Turun Untuk Semua Penguji Beta 569

Pembangun aplikasi popular Nova Launcher baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan launcher tersebut dalam versi baharu 6.0 melalui perkongsiannya di Google+.

Nova Launcher versi 6.0 ini merupakan kemas kini terbesar selepas versi stabil Nova Launcher 5.5 yang diperkenalkan lebih kurang tiga bulan yang lepas. Antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Nova Launcher 6.0 ini termasuklah pilihan tatalan folder sama ada secara menegak atau melintang, penyesuaian ikon yang menawarkan sokongan bentuk yang boleh diubah, keupayaan automatik untuk menyamakan saiz ikon atau folder di homescreen, dan banyak lagi.

Versi akhir Nova Launcher 6.0 ini akan ditawarkan kepada umum tidak lama lagi, tetapi buat masa ini versi beta untuk launcher tersebut sudahpun boleh dimuat turun bermula hari ini dengan menyertai program beta untuk aplikasi itu di Google Play Store.

Sertai program beta untuk muat turun Nova Launcher 6.0 – Google Play Store

Muat turun fail APK – Nova Launcher 6.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend