Nokia X71 Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM dan Tiga Kamera 48MP Kini Dilancarkan Di China Comments Off on Nokia X71 Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM dan Tiga Kamera 48MP Kini Dilancarkan Di China 351

Pada minggu lepas, Nokia telahpun melancarkan model Nokia X71 untuk pasaran Taiwan dan hari ini model yang sama telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China pula.

Nokia X71 menampilkan paparan skrin HD+ berukuran 6.39 inci PureView Display yang kini tampil dengan saiz bezel yang lebih nipis, sekaligus menyaksikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 93%. Bahkan skrin Nokia X71 juga menampilkan rekaan moden dengan kehadiran kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0) yang ditebuk pada bahagian atas kiri skrin.

Dari segi prestasi, Nokia X71 telah dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 660, RAM berkapasiti 6GB, dua pilihan ruang storan iaitu 64GB atau 128GB, tersedia dengan slot kad microSD, dan juga dioperasikan oleh Android 9.0 Pie berasaskan platform Android One. Menariknya, butang kuasa pada Nokia X71 memiliki nyalaan lampu LED yang berfungsi sebagai lampu notifikasi.

Panel belakangnya pula tersedia dengan tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide-angle) + 5MP (depth sensor, f/2.4), yang turut menyokong LED Flash dan juga ciri penggambaran AI. Manakala pada bahagian bawah tiga kamera itu pula boleh ditemui sensor pengimbas cap jari, dan juga bateri berkapasiti 3,500 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Nokia X71 ditawarkan dalam warna hitam dan akan dijual pada harga CNY2,199 (kira-kira RM1,342) untuk varian 6GB + 64GB, dan varian 6GB + 128GB pula berharga CNY2,699 (kira-kira RM1,647). Berdasarkan kepada khabar angin yang dikongsikan, Nokia X71 mungkin akan dikenali sebagai Nokia 8.1 Plus untuk pasaran global.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend