Nokia X5 Kini Dilancarkan Dengan Pemproses Helio P60, Dwi Kamera Dan Skrin Bertakuk Comments Off on Nokia X5 Kini Dilancarkan Dengan Pemproses Helio P60, Dwi Kamera Dan Skrin Bertakuk

HMD Global hari ini telah melancarkan model terbaru Nokia X5 di China secara rasmi dengan rekaan skrin bertakuk sama seperti model Nokia X6 yang diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu.

Nokia X5 yang dioperasikan dengan antaramuka asli Android 8.1 Oreo ini telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60 yang menjanjikan prestasi tinggi, tetapi dalam masa yang sama efisien penggunaan tenaga. Malah keupayaan prestasi permainan juga telah dipertingkatkan sehingga 70% berbanding sebelum ini. Nokia X5 ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 32GB + RAM 3GB dan juga 64GB + RAM 4GB, dengan sokongan slot kad microSD serta bateri 3060 mAh.

Bahagian panel belakangnya dilengkapi dengan dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 5 Megapiksel (f/2.0, PDAF, HDR), manakala kamera hadapannya pula beresolusi 8 Megapiksel (f/2.0). Selain menawarkan ciri penggambaran bokeh, ia turut menyokong mod potret AI, efek kecantikan AI, stiker AI dan juga keupayaan untuk mengaktifkan kamera belakang dan kamera hadapan secara serentak.

Nokia X5 akan dijual pada harga CNY999 (kira-kira RM604) untuk varian 32GB + RAM 3GB dan varian 64GB + RAM 4GB pula boleh dimiliki pada harga CNY1,399 (kira-kira RM845).Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu hitam, putih dan juga biru.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend