Nokia Tawar Diskaun 25% Sempena Raya Cina – Harga Bermula RM269 Comments Off on Nokia Tawar Diskaun 25% Sempena Raya Cina – Harga Bermula RM269 553

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, HMD Global hari ini mengumumkan tawaran promosi untuk sejumlah telefon pintar Nokia terbaharu mereka. Bermula hari ini hingga 28 Feb 2019, orang ramai boleh mendapatkan diskaun sehingga 25% untuk telefon pintar terpilih.

Antara telefon pintar yang ditawarkan adalah Nokia 1, Nokia 2.1, Nokia 3.1, Nokia 6.1, Nokia 5.1 Plus. Nokia 6.1 Plus, dan Nokia 7 Plus dengan harga bermula RM269 sebuah. Namun begitu, untuk Nokia 8.1 tiada diskaun diberikan berikutan ia baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 18 Jan yang lepas.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan peranti yang kami sebutkan tadi di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend