Nokia Pertahankan Harga Sebahagian Besar Peranti Mereka Walaupun SST Dilaksana Comments Off on Nokia Pertahankan Harga Sebahagian Besar Peranti Mereka Walaupun SST Dilaksana

HMD Global hari ini mengumumkan sebahagian besar harga peranti Nokia di Malaysia akan kekal seperti biasa tanpa sebarang kenaikan. Langkah positif ini seiring dengan kebanyakan jenama di luar sana yang menyerap keseluruhan cukai SST.

Sebanyak lapan model kekal dengan harga terdahulu tetapi mengikut senarai yang diberikan HMD Global, tiga peranti lain antaranya Nokia 6.1, Nokia 2.1, dan Nokia 8110 mengalami kenaikan sehingga RM69.

  • Nokia 8 ⇒ RM1875 (kekal)
  • Nokia 7 Plus ⇒ RM1600 (kekal)
  • Nokia 6.1 ⇒ RM1169 (naik RM69)
  • Nokia 6 ⇒ RM850 (kekal)
  • Nokia 5 ⇒ RM660 (kekal)
  • Nokia 3.1 ⇒ RM655 (kekal)
  • Nokia 3 ⇒ RM470 (kekal)
  • Nokia 2.1 ⇒ RM435 (naik RM20)
  • Nokia 2 ⇒ RM375 (kekal)
  • Nokia 1 ⇒ RM285 (kekal)
  • Nokia 8110 ⇒ RM299 (naik RM14)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend