Nokia Lancar Dua Fon Telinga Tanpa Wayar – Satu Daripadanya Berbadan Tiub Comments Off on Nokia Lancar Dua Fon Telinga Tanpa Wayar – Satu Daripadanya Berbadan Tiub

Bersama-sama pelancaran Nokia 7.1, HMD Global juga memperkenalkan dua produk audio terbaru mereka yang dinamakan True Wireless Earbud dan Pro Wireless Earphones.

True Wireless Earbud direka seberat 5g setiap satu dan didatangkan bersama kotak simpanan berbentuk tiub. Kotak ini juga berfungsi sebagai alat pengecas yang boleh mengecas fon telinga sebanyak 3-kali. Setiap pengecasan menerusi kabel USB Type-C, pengguna boleh mendengar muzik selama 3.5 jam. Selain itu, ia turut menyokong fungsi sambungan Bluetooth v5.0 dan kalis percikan air dan peluh.

Beralih ke Pro Wireless Earphone, ia direka untuk disangkutkan pada leher dan fon telinganya pula boleh dilekatkan menggunakan cantuman magnetik. Sebaik fon telinga dilekatkan, muzik akan terhenti dan selepas ia dipisahkan muzik akan dimainkan semula. Fon telinga ini boleh bertahan sehingga 10 jam untuk sekali pengecasan. Pengguna boleh mengecasnya kembali menggunakan kabel microUSB. Sokongan lain ialah Bluetooth 4.2 dan codec Qualcomm aptX.

True Wireless Earbud dan Pro Wireless Earphone masing-masing dijual pada harga USD148 (~RM614) dan USD79 (~RM328) seunit bermula November depan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend