Nokia Dan China Mobile Menandatangani Perjanjian Bernilai €1B Melibatkan Kontrak Rangkaian 5G Comments Off on Nokia Dan China Mobile Menandatangani Perjanjian Bernilai €1B Melibatkan Kontrak Rangkaian 5G

Nokia hari ini dilaporkan telah menandatangani satu kontrak perjanjian dengan peneraju telekomunikasi China, China Mobile dalam membekalkan peralatan mudah alih, penghalaan IP, pendawaian optikal, dan pengurusan pengalaman pelanggan.

Perjanjian yang bernilai €1 Bilion (lebih kurang RM4.72B) ini juga melibatkan naik taraf rangkaian mudah alih sedia ada kepada rangkaian 5G untuk tahun hadapan khususnya di China. Nokia juga memainkan peranan dalam memberikan nasihat kepada China Mobile untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang baik kepada pengguna kelak.

Selain itu, kedua-dua syarikat ini juga akan saling bertukar pendapat terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (RnD) untuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

Perjanjian antara Nokia dan China Mobile yang diwakili Hans-Jurgen Bill disamping Li Huidi juga disaksikan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend