Nokia Bakal Melancarkan TV Pintar 43″ Dengan Sokongan Android 9.0 Pie, Bezel Nipis Dan Speaker JBL Comments Off on Nokia Bakal Melancarkan TV Pintar 43″ Dengan Sokongan Android 9.0 Pie, Bezel Nipis Dan Speaker JBL

Nokia sememangnya lebih dikenali sebagai jenama telefon pintar, tetapi melalui perkongsian yang dibuat oleh Flipkart yang merupakan platform eDagang terkenal di India, Nokia bakal hadir dengan TV pintar berukuran 43 inci tidak lama lagi.

TV pintar Nokia ini akan dikuasakan dengan sistem operasi Android 9.0 Pie dan juga disahkan akan menjanjikan pengalaman hiburan terbaik dengan sokongan speaker daripada JBL. Berdasarkan imej acah yang dikongsikan, TV pintar ini juga hadir dengan rekaan bezel yang sangat nipis pada bahagian sisi dan atas skrin.

Berdasarkan maklumat yang diterima, TV pintar Nokia ini juga dipercayai akan dilengkapi dengan ciri DTS TruSurround, Dolby Vision, dan juga Google Voice Assistant. Ia dipercayai akan dijual pada harga sekitar INR30,999 (~RM1,798).

Sebenarnya penawaran TV pintar keluaran Nokia bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Nokia telahpun melancarkan TV pintar pertamanya yang berukuran 55 inci dengan menawarkan skrin 4K, dikuasakan dengan pemproses empat teras daripada Cortex-A53, speaker JBL 24W, 3 port HDMI (2x HDMI 2.0 + 1x HDMI 1.4) dan juga dua port USB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend