Nokia 9 PureView Kini Rasmi – 5 Kamera Belakang ZEISS, Paparan pOLED 5.99″ QHD+ Comments Off on Nokia 9 PureView Kini Rasmi – 5 Kamera Belakang ZEISS, Paparan pOLED 5.99″ QHD+ 534

Seperti yang dijanjikan HMD Global, Nokia 9 PureView kini diperkenalkan secara rasmi di acara MWC 2019, Barcelona. Peranti ini merupakan telefon pintar mercu yang menawarkan bukan dua, bukan tiga, tetapi lima kamera belakang berteknologi ZEISS.

Menurut HMD, Nokia 9 PureView dilengkapi perkakasan kelas atasan seperti paparan skrin pOLED 5.99-inci QHD+, memori 6GB RAM, dan 128GB storan. Selain daripada itu, ia turut memuatkan bateri berkapasiti 3,320mAh yang juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi, sokongan kalis air dan debu IP67, Bluetooth 5.0, dan sokongan keselamatan pengimbas cap jari dalam skrin.

Berbalik pada kamera, Nokia 9 PureView membawakan lima kamera 12MP f/1.8 (keseluruhan 60MP), dua daripadanya menggunakan sensor RGB (warna), dan tiga daripadanya menggunakan sensor monokrom (hitam-putih). Sementara kamera swafoto pula menawarkan sensor 20MP. Penggambaran peranti ini turut dibantu aplikasi suntingan gambar terbina iaitu Lightroom.

Bagaimanapun, peranti ini tidak dijana cip pemproses terbaharu sebaliknya hanya dikuasakan Qualcomm Snapdragon 845. Tetapi sistem operasinya telah diperkasakan dengan antaramuka android asli berasaskan Android 9 Pie.

Nokia 9 PureView akan dipasarkan tidak lama lagi di dengan tanda harga $699 atau RM2,845 selepas tukaran mata wang semasa.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend