Nokia 9 PureView Dengan Sokongan Lima Kamera Mungkin Akan Dilancarkan Pada Januari 2019 Comments Off on Nokia 9 PureView Dengan Sokongan Lima Kamera Mungkin Akan Dilancarkan Pada Januari 2019

Seawal bulan September yang lalu, kita telahpun melihat ketirisan sebuah peranti dengan sokongan lima kamera yang dilaporkan sebagai Nokia 9 ataupun dikenali sebagai Nokia 9 PureView. Malah ia juga dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi di dalam acara MWC 2019 pada Februari nanti.

Namun begitu berdasarkan sumber yang terbaru, HMD Global berkemungkinan besar akan melancarkan Nokia 9 itu lebih awal iaitu pada Januari tahun depan. Menurut sumber itu, keputusan ini diambil selepas peranti itu mendapat perhatian media di serata dunia. Namun begitu tiada sebarang pendedahan lebih lanjut berhubung perkara itu diperolehi.

Melalui ketirisan imej yang tertiris sebelum ini, Nokia 9 tampil dengan paparan skrin penuh tanpa takuk sebesar 5.99 inci beresolusi QHD+, dan juga hadir dengan nisbah paparan 18:9. Panel belakangnya pula diperbuat daripada kaca dengan bahagian sisi melengkung, serta lima lensa kamera.

Ia juga dipercayai akan dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, pengimbas cap jari pada skrin, tiada bicu audio 3.5mm, dioperasikan dengan Android 9.0 Pie dan dikhabarkan menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend