Nokia 9 PureView Dengan Sokongan 5G Dan Qualcomm Snapdragon 855 Mungkin Diperkenalkan Ogos 2019 Comments Off on Nokia 9 PureView Dengan Sokongan 5G Dan Qualcomm Snapdragon 855 Mungkin Diperkenalkan Ogos 2019

Walaupun Nokia 9 PureView masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, Nokia telah dikhabarkan bakal hadir dengan generasi terbaharu Nokia 9 PureView menjelang Ogos 2019 nanti. Pendedahan eksklusif berhubung perkara ini telah dikongsikan oleh Nokia_Leaks melalui akaun Twitter.

Berdasarkan perkongsian itu, Nokia 9 PureView versi peningkatan itu dipercayai akan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 855, dilengkapi dengan rangkaian 5G, dan juga paparan skrin penuh edge-to-edge beresolusi 2K yang turut hadir dengan rekaan lubang kamera swafoto pada skrin.

Sungguhpun masih mengekalkan sokongan lima kamera pada panel belakang sama seperti Nokia 9 PureView, model baharu itu dikatakan akan menggunakan sensor kamera yang lebih besar bagi memastikan kualiti penggambaran yang lebih baik.

Memandangkan Nokia 9 PureView sendiri masih belum dilancarkan secara rasmi, adalah lebih selamat untuk kita menganggap berita ini sebagai sekadar khabar angin sahaja buat masa ini.

Tonton video promosi Nokia 9 PureView yang tertiris di Internet:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend