Nokia 9 PureView Dengan Penta Kamera Dilaporkan Mampu Menangkap Gambar 64MP Comments Off on Nokia 9 PureView Dengan Penta Kamera Dilaporkan Mampu Menangkap Gambar 64MP 293

Nokia 9 PureView akan diperkenalkan secara rasmi pada 25 Februari 2019 di acara MWC 2019. Dikatakan peranti ini akan muncul dengan rekaan yang sedikit unik terutamanya pada bahagian belakang. Ia hadir dengan lima kamera dan setiap sensor ini disusun dalam bentuk pentagon selain turut dimuatkan modul autofokus dan LED flash.

Maklumat yang tertiris juga mendakwa Nokia 9 PureView akan ada lima sensor yang berlainan. Setiap satu sensor mungkin menggunakan RGB, monokrom, telefoto, sudut lebar, dan kedalaman. Menariknya, ia dikatakan mampu menangkap gambar yang berkualiti tinggi sehingga mencecah 64MP.

Peranti yang memiliki penta kamera ini dilaporkan memuatkan dua sensor 12MP, dua sensor 16MP, dan satu sensor 8MP. Ada juga yang mendakwa telefon pintar ini akan dilengkapi teknologi Light camera untuk membolehkan kamera berupaya melakukan lossless zoom, 3D depth mappping, dan sebagainya. Selain itu, kelima-lima kamera juga dikhabarkan mampu menangkap gambar dengan serentak malah mampu menangkap masuk 10-kali cahaya ke dalam sensor.

Bagi anda, adakah ini masa yang sesuai untuk pengguna beralih kepada teknologi penta kamera untuk sebuah telefon pintar? Kongsikan pandangan anda.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend