Nokia 8110 4G Akan Menyokong Aplikasi Permesejan WhatsApp Pada Masa Akan Datang Comments Off on Nokia 8110 4G Akan Menyokong Aplikasi Permesejan WhatsApp Pada Masa Akan Datang

Model telefon mudah alih ikonik keluaran Nokia yang pernah membuat kemunculan di dalam filem The Matrix iaitu Nokia 8110 atau lebih dikenali sebagai ‘Nokia Pisang’ sebelum ini telahpun diperkenalkan dalam versi baharu dengan sokongan rangkaian 4G.

Selain menyokong fungsi asas telefon mudah alih, Nokia 8110 4G juga menyokong aplikasi asas Google seperti YouTube, Google Maps dan juga Google Assistant. Nampaknya Nokia 8110 4G akan lebih praktikal untuk digunakan selepas ini selepas pembangun platform KaiOS telah mengumumkan ketersediaan aplikasi WhatsApp untuk telefon ini pada masa akan datang.

Perkara ini diumumkan selepas pembangun platform itu ditanya oleh beberapa pemilik Nokia 8110 4G berkenaan sokongan aplikasi permesejan WhatsApp. Buat masa ini aplikasi itu hanya tersedia untuk pasaran India sahaja, dan ia akan disokong di lebih banyak negara pada masa akan datang.

Spesifikasi Nokia 8110 4G
Ukuran 133.5 x 49.3 x 14.9mm
Berat 117g
Platform Smart Feature OS (Kai OS)
CPU Qualcomm MSM8905 Snapdragon 205
2x 1.1GHz Cortex-A7
GPU Adreno 304
Memori 4GB + RAM 512MB
microSD (sehingga 64GB)
Bateri 1,500 mAh
Paparan 2.4 inci TFT
240 x 320 pixels
Kamera Utama 2 Megapiksel (LED flash)
Kamera Depan Tiada
Sambungan 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.1, microUSB 2.0
Port Audio 3.5mm audio jack
Pilihan Warna Banana Yellow dan Traditional Black
  • Miliki Nokia 8110 4G pada harga RM285 di Lazada
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend