Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus Dan Nokia 6 (2018) Telah Dilancar Secara Rasmi Di India Comments Off on Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus Dan Nokia 6 (2018) Telah Dilancar Secara Rasmi Di India 330

Nokia India semalam telah melancarkan tiga model terbaru keluarannya untuk pasaran di negara itu dengan mengumumkan kehadiran Nokia 8 Sirocco, Nokia 7 Plus dan juga Nokia 6 (2018). Apa yang menariknya, kehadiran ketiga-tiga model ini mampu memenuhi permintaan peminat jenama Nokia di sana kerana masing-masing disasarkan untuk segmen pasaran berbeza.

Nokia 8 Sirocco yang merupakan model flagship antara ketiga-tiga model tersebut telah dijual pada harga Rs.49999 (kira-kira RM2970). Nokia 7 Plus yang disasarkan untuk kelas pertengahan telah dijual pada harga Rs.25999 (kira-kira RM1544), manakala Nokia 6 (2018) yang dikategorikan untuk pasaran mampu milik pula berharga Rs.16999 (kira-kira RM1000).

Model Nokia 6 (2018) akan mula dijual bermula 6 April 2018, manakala Nokia 7 Plus dan Nokia 8 Sirocco pula hanya boleh dibeli di India bermula 30 April 2018 nanti.

Nokia 6 (2018):

  • Android One (Android Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 630
  • 32GB + RAM 3GB (LPDDR4)
  • 5.5 inci IPS LCD FHD (1920 x 1080 piksel), 16:9
  • Corning Gorilla Glass 3
  • Kamera Utama : 16 Megapiksel (f/2.0)
  • Kamera Hadapan : 8 Megapiksel (f/2.0)
  • 3000 mAh
  • Pilihan Warna : Black, Copper, White, Iron

Nokia 7 Plus:

  • Android One (Android Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 64GB + RAM 4GB RAM (LPDDR4), microSD
  • 6.0 inci IPS LCD FHD+ (2160 x 1080 piksel), 18:9
  • Corning Gorilla Glass 3
  • Dwi Kamera Utama : 12 Megapiksel (f/1.75) + 13 Megapiksel (f/2.6)
  • Kamera Hadapan – 16 Megapiksel
  • 3800 mAh (teknologi pengecasan pantas)
  • Pilihan Warna : Copper, White

Nokia 8 Sirocco:

  • Android One (Android Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 835
  • 128GB + RAM 6GB (LPDDR4)
  • 5.5 inci pOLED QHD (2560 x 1440 piksel), 16:9
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Dwi Kamera Utama : 12 Megapiksel (f/1.75) + 13 Megapiksel(f/2.6)
  • Kamera Hadapan : 5 Megapiksel
  • 3260 mAh(teknologi pengecasan pantas, Qi Wireless Charging)
  • IP67
  • Pilihan Warna : Black

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend