Nokia 8 Sirocco Mula Terima Kemas Kini Android Pie 0 462

HMD Global sebelum ini telah menjanjikan ketersedian Android Pie untuk sejumlah peranti Android One mereka termasuklah Nokia 8 Sirocco yang dilancarkan pada tahun lalu.

Terbaru, melalui perkongsian Juho Sarvikas, beliau memaklumkan bahawa peranti Nokia 8 Sirocco kini sebahagian daripada keluarga Android Pie. Ini bermakna pemilik peranti boleh mula memuat turun kemas kini menerusi OTA (over-the-air).

Fail sebesar 1.4GB ini mengandungi kemas kini kepada sistem antaramuka, menu, dan notifikasi baharu. Disamping itu, terdapat teknologi pengutamaan bateri untuk aplikasi yang selalu dibuka, tampalan keselamatan Google Disember 2018, dan sebagainya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend