Nokia 8.1 Telah Mula Menerima Kemas Kini Android 10 Comments Off on Nokia 8.1 Telah Mula Menerima Kemas Kini Android 10 193

HMD Global telah mengumumkan ketersediaan Android 10 untuk para pengguna mereka. Antara telefon pintar terawal yang akan menerimanya adalah Nokia 8.1 yang dijadualkan pada suku keempat tahun ini.

Hari ini, Nokia 8.1 dilaporkan sudah menyediakan kemas kini stabil Android 10 untuk dimuat turun. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh CPO HMD Global, Juho Sarvikas dalam laman Twitter beliau. Selain daripada itu, perisian terbaru ini membawakan tema gelap, sistem navigasi skrin penuh, mod fokus, dan pelbagai lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend