Nokia 8.1 Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Snapdragon 710 Serta Dioperasikan Oleh Android 9.0 Pie Comments Off on Nokia 8.1 Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Snapdragon 710 Serta Dioperasikan Oleh Android 9.0 Pie

HMD Global telahpun melancarkan dua peranti terbaharu mereka di Malaysia dengan kemunculan model Nokia 6.1 Plus dan juga Nokia 5.1 Plus. Berbeza dengan rekaan peranti keluarannya sebelum ini, kedua-dua peranti ini telah menampilkan trend rekaan skrin bertakuk sebagaimana kebanyakan peranti moden pada hari ini.

Nampaknya HMD Global bakal hadir dengan satu lagi model yang turut memiliki rekaan bertakuk, selepas kemunculan Nokia 8.1 telah mula kelihatan di laman sesawang Geekbench. Berdasarkan maklumat yang berjaya diperolehi, Nokia 8.1 dilihat menyokong Android 9.0 Pie berasaskan platform Android One.

Nokia 8.1 yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan ini turut disahkan menyokong pemproses terbaharu iaitu Qualcomm Snapdragon 710, dengan kombinasi RAM berkapasiti 4GB. Setakat ini tiada maklumat lain berhubung spesifikasi yang berjaya didedahkan, jadi sama-sama kita nantikan penguguman rasmi oleh HMD Global.

Nokia 6.1 Plus Dan Nokia 5.1 Plus – Betul-Betul Lain Daripada Nokia Sebelum Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend