Nokia 8.1 Guna Panel NEG Dinorex Dan Bukannya Corning Gorilla Glass Comments Off on Nokia 8.1 Guna Panel NEG Dinorex Dan Bukannya Corning Gorilla Glass 748

Hampir semua peranti di pasaran kini hadir dengan gelas perlindungan daripada Corning Gorilla Glass. Teknologi mantap ini sekaligus dapat mengatasi masalah paparan skrin atau panel belakang yang mudah pecah mahupun calar.

Lain pula dengan Nokia 8.1, peranti ini tidak dipadankan dengan gelas kaca daripada Corning tetapi HMD Global telah memilih Dinorex daripada NEG. Teknologi yang digunakan adalah hampir sama iaitu lapisan ion kalium pada permukaan gelas.

NEG atau Nippon Electric Glass merupakan syarikat dari Jepun yang menawarkan teknologi gelas tahan lasak untuk kegunaan telefon pintar seperti Nubia (Red Magic Mars), Meizu, dan BQ.

Walaupun kebanyakan pengeluar memilih Corning Gorilla Glass untuk diletakkan pada setiap peranti, Sony pula memilih Dragontrail daripada Asahi. Bukan Sony sahaja malah beberapa model telefon pintar keluaran Samsung, BlackBerry, dan Alcatel.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend