Nokia 7 Plus Dengan Dwi Kamera ZEISS Dan Bateri 3800 mAh Akan Dijual Pada Harga RM1,699 Comments Off on Nokia 7 Plus Dengan Dwi Kamera ZEISS Dan Bateri 3800 mAh Akan Dijual Pada Harga RM1,699

Selain Nokia 1, HMD Global juga turut mengumumkan kehadiran satu lagi model keluarannya dengan model Nokia 7 Plus untuk pasaran di Malaysia. Nokia 7 Plus yang disasarkan untuk pasaran peranti kelas pertengahan ini akan dijual pada harga RM1,699 dan boleh dibeli mulai 20 April 2018.

Nokia 7 Plus yang hadir dengan platform Android One ini menampilkan rekaan premium dengan penggunaan aluminium siri 6000 yang menjanjikan ketahanan yang lebih baik. Dilengkapi dengan paparan skrin 18:9 berukuran 6 inci IPS LCD dengan resolusi 2160 x 1080 piksel, Nokia 7 Plus telah dikuasakan oleh pemproses kelas pertengahan iaitu Qualcomm Snapdragon 660, storan 64GB dan juga RAM 4GB (LPDDR4).

Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Black/Copper dan White/Copper, ia menjanjikan keupayaan penggambaran terbaik dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (1.4um, f/1.75) + 13 Megapiksel (1.0um, f/2.6) daripada ZEISS yang hadir dengan ciri 2x zum optikal . Malah sokongan kamera swafotonya juga telah dipertingkatkan dengan sokongan lensa 16 Megapiksel yang menampilkan ciri pengimejan AI.

Pembeli terawal Nokia 7 Plus akan turut menerima kotak hadiah bernilai RM300 secara percuma yang mana mengandungi tripod Bluetooth, lensa ‘fish eye’, lensa ‘wide angle’ dan juga lensa ‘mikro’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend