Nokia 6 (2017) Mula Menerima Kemas Kini Android Pie Secara Rasmi Comments Off on Nokia 6 (2017) Mula Menerima Kemas Kini Android Pie Secara Rasmi 341

Diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2017, Nokia 6 yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 430 telah dioperasikan dengan sokongan Android 7.1.1 Nougat dan diikuti dengan kemas kini Android 8.1 Oreo. Kini selepas dua tahun berada di pasaran, sekali lagi ia telah menerima kemas kini utama iaitu Android Pie.

Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global melalui akaun Twitter, dan ini secara tidak langsung telah membuktikan komitmen mereka dalam menunaikan janji untuk memberikan kemas kini tersebut sekitar suku pertama tahun 2019. Memandangkan Nokia 6 (2017) ini telahpun menerima dua kemas kini utama sejak ia diperkenalkan, berkemungkinan besar ini merupakan kemas kini terakhir untuk peranti ini.

Kemas kini bersaiz hampir 1.8GB ini menjanjikan ciri-ciri yang disokong oleh Android Pie seperti sistem navigasi skrin penuh, adaptive battery dan juga fungsi Digital Wellbeing. Kemas kini yang diterima juga turut menyokong tampalan sistem keselamatan Android untuk bulan Februari 2019.

Baca juga:

HMD Global Umum Lapan Model Nokia Yang Akan Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend