Nokia 6.2 Dan Nokia 8.1 Plus Akan Diperkenalkan Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin Comments Off on Nokia 6.2 Dan Nokia 8.1 Plus Akan Diperkenalkan Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin 360

HMD Global sebelum ini telah mengesahkan untuk memperkenalkan peranti mercunya iaitu Nokia 9 PureView yang hadir dengan sokongan lima kamera dalam acara MWC 2019. Nampaknya bukan satu peranti sahaja akan diperkenalkan dalam acara yang akan berlangsung pada 25 Februari itu nanti, tetapi HMD Global dilaporkan akan tampil dengan dua lagi model terbarunya.

Melalui perkongsian berita yang diterima, dua model yang dimaksudkan adalah Nokia 6.2 dan juga Nokia 8.1 Plus yang kedua-duanya bakal menampilkan rekaan kamera di dalam skrin. Perkara ini telah disahkan lagi melalui imej poster rasmi yang telah didedahkan oleh blog ithome.

Nokia 6.2 dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 632, sokongan RAM 4GB/6GB, dioperasikan dengan Android 9.0 Pie berasaskan platform Android One, dan juga hadir dengan skrin berukuran 6.2 inci. Manakala berdasarkan imej pengolokan @OnLeaks, Nokia 8.1 Plus hadir dengan dwi kamera dengan sentuhan lensa ZEISS, sensor pengimbas cap jari di belakang, dan juga hadir dengan port USB Type-C.

Baca juga:

Imej Pengolokan Nokia 8.1 Plus Hadir Dengan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend