Nokia 5.1 Plus Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android Pie Comments Off on Nokia 5.1 Plus Sudah Mula Menerima Kemas Kini Android Pie

HMD Global telah berjanji akan memberikan kemas kini Android Pie untuk Nokia 5.1 Plus sebelum penghujung tahun ini dan hari ini mereka telah mengotakan janji tersebut.

Perisian versi V2.09B terbaru ini menawarkan Android 9.0 Pie dengan tampalan keselamatan Disember 2018. Melaluinya, pengguna akan menerima sistem navigasi, menu tetapan, dan tetingkap notifikasi yang telah diperbaharui.

Ciri Adaptive Battery pula akan mengoptimumkan aplikasi yang sering dibuka dan menghentikan aplikasi latar belakang yang jarang digunakan. Sementara untuk Adaptive Brightness, ia akan melaras tahap keterangan skrin secara automatik mengikut rutin pengguna.

Seperti biasa, kemas kini ini akan diterima oleh pengguna secara berperingkat. Untuk mengelakkan kegagalan muat turun, fail sebesar 1.2GB ini memerlukan sambungan internet yang stabil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend