Nokia 5.1 Plus Kini Sudah Boleh Dimiliki Di Malaysia Pada Harga RM899 0 204

HMD Global sebelum ini telahpun melancarkan dua model terbaharunya iaitu Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus untuk pasaran tempatan pada hujung bulan September yang lalu. Bermula hari ini (6 November 2018), anda yang menantikan model Nokia 5.1 Plus sudahpun boleh memilikinya pada harga RM899 di semua penjual rasmi Nokia dan juga melalui kedai rasmi Nokia di Lazada.

Nokia 5.1 Plus menyokong paparan skrin 5.8 inci beresolusi HD+ dengan rekaan takuk yang lebih besar berbanding Nokia 6.1 Plus. Ia telah dijana oleh pemproses MediaTek Helio P60 dan turut digandingkan bersama memori 3GB RAM serta 32GB storan. Dari segi ketahanan penggunaan pula, ia hadir dengan baterinya 3,060mAh melalui sambungan USB Type-C.

Penggambaran pula, peranti ini menyediakan gambungan kamera 13MP dan 5MP untuk belakang, manakala untuk depan kamera 8MP telah dimuatkan. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu hitam, biru dan juga putih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend