Nokia 5.1 Dilancarkan Dengan MediaTek Helio P18, 40% Lebih Pantas Berbanding Generasi Sebelum Ini Comments Off on Nokia 5.1 Dilancarkan Dengan MediaTek Helio P18, 40% Lebih Pantas Berbanding Generasi Sebelum Ini

Model yang boleh dianggap sangat berbaloi untuk dimiliki ini nampaknya telah menerima beberapa pembaharuan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya dengan sokongan paparan skrin 18:9 berukuran 5.5 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel). Ia juga kini telah dioperasikan dengan pemproses lapan teras terbaru dari MediaTek Helio P18 berkelajuan 2.0 GHz yang mana 40% lebih pantas berbanding pemproses pada generasi pertama.

Kedudukan pengimbas cap jari pada Nokia 5.1 juga kini telah diubah pada panel belakang, yang turut menempatkan sebuah lensa beresolusi 16 Megapiksel. Selain itu, ia juga hadir dengan kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel, dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo (Android One), sambungan NFC, dan juga bateri berkapasiti 2960 mAh. Sokongan kerangka yang diperbuat daripada aluminium siri 6000 juga berupaya memastikan ketahanan yang lebih baik.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan.

Nokia 5.1 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Satin Copper, Tempered Blue, dan Black. Ia akan mula dijual pada Julai 2018 dengan harga €189 (kira-kira RM870) untuk varian 16GB + RAM 2GB, dan €219 (kira-kira RM1000) untuk varian 32GB + RAM 3GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend