Nokia 4.2 Dengan Snapdragon 439, Android Pie Akan Dijual Bermula 26 April Pada Harga RM599 Comments Off on Nokia 4.2 Dengan Snapdragon 439, Android Pie Akan Dijual Bermula 26 April Pada Harga RM599 184

HMD Global yang dikenali sebagai Nokia hari ini mengumumkan telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan menerusi Nokia 4.2. Peranti yang dikelaskan di bawah siri pertengahan ini membawakan sejumlah spesifikasi menarik pada harga mampu milik.

Nokia 4.2 hadir dengan paparan TFT 5.71-inci HD+ di atas panel skrin 2.5D yang bertakuk. Ia juga dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 439 yang digandingkan sekali dengan memori 3GB RAM dan 32GB storan. Malahan, storan ini juga boleh diperluaskan menerusi kad microSD sehingga 400GB.


Nokia 4.2 dilengkapi dwi-kamera belakang berkuasa AI daripada sensor 13MP f/2.2 dan 2MP f/2.2. Manakala, kamera swafoto pula memuatkan sensor 8MP f/2.0. Ia dikuasakan bateri 3,000mAh yang mana dikatakan mampu menawarkan masa menunggu sehingga 25 jam dan masa berbual lebih daripada 18 jam.

Apa yang menarik tentang Nokia 4.2 ini adalah ia dijalankan di atas sistem operasi Android One (Android asli) berasaskan Android 9 Pie yang terbaru. Apa yang ingin diketengahkan oleh Nokia pada kali ini adalah kehadiran butang dedikasi khas Google Assistant pada kerangka peranti.

Sistem keselamatan pula memberikan pengguna pilihan sama ada ingin menggunakan kaedah pengecaman wajah ataupun pengimbas biometrik melalui pengimbas cap jari pada panel belakang. Daripada segi sambungan, peranti ini menyokong ciri VoLTE, VoWiFi, Bluetooth v4.2, radio FM, dan Smart amp.

Nokia 4.2 akan dijual pada harga RM599 bermula 26 April 2019 dalam pilihan warna Black dan Pink Sand. Bagaimanapun warna Pink Sand akan berada di pasaran bermula Mei ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend