Nokia 3310 Berharga Hampir RM11,000 Ada Sentuhan Mewah Dan Cop Dua Nama Besar Comments Off on Nokia 3310 Berharga Hampir RM11,000 Ada Sentuhan Mewah Dan Cop Dua Nama Besar

Vladimir Putin dan Donald Trump bakal mengadakan sidang kemuncak pada 16 Julai ini di Helsinki bagi membincangkan hal berkaitan isu keselamatan antara kedua negara. Pertemuan antara dua kuasa besar ini antaranya telah menarik minat pengeluar telefon pintar mewah, Caviar.

Caviar yang berkemahiran tinggi dalam pembuatan barangan kemas khususnya untuk telefon hari ini memperkenalkan Nokia 3310 versi Leaders Putin-Trump. Ia sebuah telefon asas Nokia yang telah menjalani perubahan kosmetik terutamanya pada bahagian luaran.

Leaders Putin-Trump mengenakan panel yang diperbuat daripada komposit batu jed dan hiasan dengan elemen emas 24K pada keseluruhan telefon. Apa yang membuatkannya telefon ini istimewa ialah terletaknya cetakan logo mengandungi susuk wajah pemimpin kedua-dua negara. Selain itu tarikh dan lokasi sidang turut diletakkan bersama.

Bagi sesiapa yang mempunyai duit yang lebih untuk dilaburkan, anda boleh membuat tempahan di laman sesawang rasmi Caviar yang akan mula dijual 27 Julai depan. Harga untuk telefon ultra-mewah ini ialah USD2,740 atau sekita RM10,929 seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend