Nokia 3.2 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM499 Comments Off on Nokia 3.2 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM499 662

Dalam acara MWC 2019 yang lepas, HMD Global telah memperkenalkan Nokia 3.2, sebuah telefon pintar kelas permulaan yang hadir dengan paparan besar serta bateri tahan lama. Ia juga peranti yang telah dinaik taraf untuk memenuhi kehendak semasa.

Nokia 3.2 kini diumumkan secara rasmi di Malaysia menawarkan paparan skrin bersaiz 6.26-inci dengan resolusi HD+ disamping bateri besar 4,000mAh. Difahamkan, telefon pintar ini dapat beroperasi sehingga dua hari hanya dengan sekali pengecasan.

Dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 429, ia juga dilengkapi memori 3GB RAM dan 32GB ruang storan. Nokia 3.2 merupakan telefon pintar yang tergolong dalam keluarga Android One. Oleh itu, keseluruhan sistem operasinya telah dijana oleh Android asli berasaskan Android 9.0 Pie.

Apa yang menarik tentang peranti ini ialah butang fizikal di kerangka badan yang boleh menyala. Ia akan menyala apabila peranti menerima notifikasi sekaligus dapat memudahkan pengguna untuk menyemaknya. Selain itu, Nokia 3.2 turut disertakan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Nokia 3.2 didatangkan dengan kemasan warna hitam dan telah mula dijual di kedai-kedai sah seluruh negara bermula hari ini. Soal harga, ia dijual dengan tanda harga RM499 sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend