Nokia 3.1 Plus Mula Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie Secara Rasmi Comments Off on Nokia 3.1 Plus Mula Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie Secara Rasmi 188

Dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi pada hujung Januari 2019 yang lalu, Nokia 3.1 Plus yang dijual pada harga RM699 ini telah dioperasikan dengan versi Android Oreo berasaskan platform Android One.

Baru-baru ini Ketua Produk Eksekutif HMD Global iaitu Juho Sarvikas telah mengumumkan ketersediaan kemas kini Android 9.0 Pie secara rasmi untuk model Nokia 3.1 Plus melalui akaun rasmi Twitter miliknya. Melalui penawaran kemas kini terbaru ini, pemilik peranti tersebut akan turut menerima pelbagai fungsi yang disokong oleh Android Pie, termasuklah Adaptive Battery dan juga sistem navigasi skrin penuh.

Nokia 3.1 Plus yang menyokong skrin 6 inci HD+ ini telah dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22, 3GB + 32GB, dwi kamera utama beresolusi 13MP + 5MP, kamera swafoto 8MP, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend