Nokia 3.1 Plus Diperkenalkan Pada Harga Bajet, Skrin 6-Inci, Bateri Tahan 2 Hari Comments Off on Nokia 3.1 Plus Diperkenalkan Pada Harga Bajet, Skrin 6-Inci, Bateri Tahan 2 Hari 594

Nokia 3.1 Plus ialah sebuah peranti permulaan untuk pasaran telefon pintar di bawah program Android One. Diperkenalkan dengan paparan 6-inci tanpa takuk, ia menawarkan resolusi HD+ 1440 x 720 piksel dengan tubuh badan aluminium potongan mesin berwarna kusam.

Berbanding Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus, peranti ini memiliki spesifikasi yang lebih rendah seperti cip pemproses MediaTek Helio P22 dengan pilihan 2GB atau 3GB RAM. Sementara storan ditawarkan bermula 16GB dan 32GB yang boleh diperluaskan melalui kad microSD. Dioperasikan Android Oreo, sudah semestinya peranti ini akan menerima Android Pie tidak lama lagi.

Pada bahagian kamera, Nokia 3.1 Plus menyediakan dwi kamera utama 13MP f/2.0 dan 5MP untuk penggambaran bokeh yang boleh dilaras tahap kekaburannya. Pengimbas cap jari pula diletakkan di bawah modul kamera sementara kamera depan dimuatkan sensor 8MP.

Nokia 3.1 Plus dijana bateri sebesar 3,500mAh dan menurut Nokia ia mampu menawarkan penggunaan bateri sehinnga 48 jam. Sambungan pengecasan pula hanya tersedia port microUSB. Peranti ini dijual bermula di India pada harga INR11,500 (~RM644) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend