Nokia 3.1 Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM655 Comments Off on Nokia 3.1 Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM655

HMD Global selaku pengeluar telefon pintar jenama Nokia hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan Nokia 3.1 untuk pasaran tempatan bermula hari ini (13 Julai 2018).

Nokia 3.1 dengan sokongan kerangka yang diperbuat daripada aluminium ini telah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo berasaskan platform Android One. Ia juga telah dikuasakan dengan pemproses lapan teras dari MediaTek 6750 yang menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 50% berbanding generasi sebelum ini.

Didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Blue/Copper, Black/Chrome dan White/Iron, Nokia 3.1 dijual pada harga RM655 melalui pengedar rasmi Nokia di seluruh negara.

Spesifikasi Nokia 3.1:

  • Android 8.0 Oreo (Android One)
  • 4G LTE Cat4
  • MediaTek 6750 Octa Core (28nm, Mali-T860 MP2)
  • 32GB + RAM 3GB, microSD sehingga 128GB
  • 5.2 inci IPS LCD HD+ (1440 x 720 piksel)
  • Corning Gorilla Glass, panel skrin 2.5D
  • Kamera utama: 13 Megapiksel (f/2.0)
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel (f/2.0)
  • 2990 mAh
  • WiFi 802.11a/b/g/n, Bluetooth v4.2, microUSB (OTG), 3.5mm audio jack
  • 146.25 x 68.65 x 8.7mm / 138.3g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend